Thursday, July 23, 2009

Cry of Palestine

Masih ingat saudara kita disana?Atau pura-pura lupa, sanggupkah telinga kita pekakkan dan mata pula kita butakan?

Aku Terlalu Dambakan Kesempurnaan?

Aku Terlalu Dambakan Kesempurnaan?

‘Salah satu karakteristik awak adalah awak terlalu inginkan kesempurnaan’, teguran telus daripada seorang insan bernama sahabat itu menusuk kalbuku.

Aku ketepikan segala sikap egois dan kuterima kritikannya secara terbuka.Memang benar kata sahabat yang kusayangi itu.Aku mengadu padanya kekesalanku pada sikap seseorang.Bagiku adam yang bergelar ketua dan amir itu patut mengerti apa itu tanggungjawab.Apalagi jika ilmu agama yang penuh didada ditambah perwatakannya persis lelaki saleh.Jika umurku berbeda darinya, mengapa pula aku dianggap sebagai ketua.Aku ingin bertanya, bukankah seorang anak lelaki masih bertanggungjawab atas ibunya walaupun sudah beristeri, dan walaupun ibunya beberapa dekad tua darinya?Bukankah juga wanita itu sayap kiri lelaki?Entah, mungkin kerana aku dibesarkan lelaki-lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan aku terkilan dengan sikap segelintir kaum adam yang ‘kurang bertanggungjawab’.Aku yakin masih banyak diluar sana yang bertanggungjawab, tapi semakin lama keyakinanku kian pudar..

Mungkin ini hanya ujian atau mungkin jawapan kepada doa-doaku lalu.Aku selalu meminta agar Allah menetapkan aku pada jalan-Nya, dimana pun aku berada.Allah mungkin ingin mentarbiyah-ku agar terus tega lalu dicampak-Nya aku seorang diri tanpa peneman, tanpa supporters untuk membawa hati-hati mengingati-Nya.Temanku sekali lagi mengetuk hatiku dengan berkata , Allah ingin memberi nikmat padaku iaitu, agar hatiku hanya bergantung pada Allah semata-mata, bukan pada kakak usrah, bukan pada abgku juga bukan pada sahabat-sahabat seperjuanganku….

Teringat entri yang pernah kutulis satu ketika dulu dalam tajuk 'A butterfly's lesson'

Seringkali perjuangan ialah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup ini.Jika Tuhan memperbolehkan kita melalui hidup ini tanpa cubaan dan ujian, hal ini akan membuatkan kita lemah.

Kita meminta kekuatan dan Tuhan memberikan kesulitan untuk kita hadapi dan membuat kita menjadi kuat.

Kita meminta kebijaksanaan dan Tuhan memberi kita masalah-masalah yang harus diselesaikan.

Kita meminta kemakmuran dan Tuhan memberikan otak dan kekuatan untuk bekerja.

Kita meminta keberanian dan Tuhanmemberikan kita rintangan untuk dihadapi.

Kita meminta cinta dan Tuhan memberikan orang-orang yang dalam kesulitan untuk kita Bantu.

Kita meminta pertolongan dan Tuhan memberi kita kesempatan.

‘Kita memberi apa yang kita inginkan ….tapi kita menerima apa yang kita perlukan’



p/s: Kalau ada kaum adam yang terbaca, maaf kalau ade tersinggung.Entri ini sekadar luahan rasa yang saya rasa ada benarnya.

Friday, June 12, 2009

Khabar Berita dariku



Assalamualaikum~


Hampir berhabuk blog ini ditinggalkan tuannya tanpa khabar berita..kasihan blog saya.

Inipun saya hanya mampu singgah sebentar sahaja.Saya ingin sekali berkongsi dengan para sahabat di alam maya ini dengan menukil kisah dan pengalaman yang membelai nurani saya sebagai hamba yang kerdil.Pengalaman pertama kali dalam hidup saya bersolat bersejadahkan pasir putih bersih, beratapkan langit biru dan diulit zikir-zikir ombak dipantai....indah sekali..Maha Suci Allah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu saya membuka mata awal dari waktu yang di rancang kerana peserta-peserta lain mengunci jam waktu yang lebih awal malangnya jam hanya menjerit tanpa respon dari tuannya.Manakala saya yang baru saja tidur-tidur ayam ini pula terganggu dan terpaksa bangun.Kepala saya berpusing kerana badan saya yang letih amat memerlukan rehat sedangkan saya baru cuba melepkan mata 2 jam yang lalu tapi masih gagal.Masa terlalu awal untuk bersiap, kerana saya tidur lewat pun akibat ‘packing beg’ dengan harapan saya boleh melelapkan mata lebih lama antara 3-4 jam.Tak mampu memekakkan telinga saya terus bangkit, walaupun hati agak sebal saya positifkan diri untuk menggunakan waktu yang ada untuk sesuatu yang bermanfaat dan mendamaikan jiwa disamping merapatkan hubungan dengan pencipta Alam semesta, di tengah kepekatan malam seperti itu, disaat manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi.

‘Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar setiap rayuan Hamba ..Kau Dengarlah rintihan hati ini yang mengharap agar aku mampu mengharungi alam klinikal yang baru ini dengan kekuatan, moga kesibukanku tidak memalingkan aku pada-Mu.Hanya satu aku pinta janganlah kau hilangkan rasa cintaku pada agamu selamanya.’


Sekitar jam 4 lebih kami berjalan dalam kegelapan malam menuju pesisiran pantai.Hampir sejam juga kami mengerahkan otot-otot kaki untuk melakukan ‘contraction’ dan ‘relaxation’.Akibat sudah lama tidak bersukan,saya merasa sedikit kelelahan.Namun begitu, setelah jauh berjalan deria bau saya mengesan sesuatu.
Bau pantai amat saya kenali, lalu kaki ini mula terasa memijak sesuatu yang bermorfologi seperti butir-butir halus.Kami percepatkan langkah kerana tidak sabar sampai ke pesisiran pantai untuk menatap alam indah ciptaan Yang Maha Bijaksana.Disini tidak kira apa pun agama peserta, saya lihat semuanya kagum dan terpesona melihat permandangan indah ciptaan Allah S.W.T.Sungguh wajar, kerana ia adalah fitrah manusia yang ingin bertuhan iaitu akur dengan kewujudan yang lebih berkuasa iaitu Tuhan.Sayangnya mereka masih tersesat tidak mengetahui jalan yang dipilih salah dan jalan yang benar terbentang luas didepan mata.Samada mereka membutakan mata hati daripada cahaya kebenaran atau cahaya itu masih kesamaran dan tidak sampai kepada mereka??Entah..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami bersolat subuh berjemaah, bacaan imam menyentuh hati saya.Bukan kerana bacaan yang merdu, tetapi saya menjadi syahdu merasa kebesaran Allah dan kekerdilan diri pabila sujud diatas hamparan pasir yang meluas.Dapatkah sahabat bayangkan perasaan saya ketika itu? Tangan dan kaki saya menggeletar apabila memikirkan betapa berdosanya saya kerana selalu lupa bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya.Namun begitu, ketakutan terpujuk dek angin bayu laut subuh itu yang seolah-olah membelai saya seraya berbisik mengingatkan sebuah hadith kursi:

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
"Allah Azzawajalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu. Demi Allah, niscayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara engkau semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.
Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas." (Muttafaq 'alaih)

Hampir menitis airmata, keletihan dan perasaan mengantuk kian pudar dan diganti dengan ketenangan dan kesegaran.

Seusai solat subuh, kami teruskan dengan zikir munajat, sambil menikmati permandangan matahari terbit, warna langit yang tadinya berwarna biru gelap bertukar perlahan-lahan menjadi jingga, kemudian berubah kepada oren kekuningan pabila matahari memancar sinarnya.

Seterusnya, Prof Harlina mengajak para muslimat membaca ma’surat bersama-sama didalam halaqah.Beliau memberi sedikit tazkirah, dari kisah penciptaan Nabi Adam alaihisalam.Malangnya, masa yang kami ada agak terhad, baru sahaja beliau memulakan bicara, kami semua sudah diminta berkumpul untuk sarapan pagi(tazkirah tersebut tidak termasuk dalam aktiviti kami, Cuma Prof ingin mengisi masa lapang sementara kami bungkusan sarapan sampai).Saya merasakan begitu rugi kerana ini kali pertama saya duduk bersebelahan dengan prof dan dapat mendengar butir-butir bicaranya dengan jelas.Sebelum ini kami selalu mendengar beliau memberi ucapan di auditorium dan dewan yang memuatkan beratus-ratus pelajar.(Mungkin jika saya posting di O&G nanti peluang untuk saya berbicara dengannya lebih luas^^,)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Pan yi u dah mandi ke?’saya menegur seorang ahli kumpulan kami.

‘Dah..panas wo..,’jawabnya.

‘Tapi nape pakai baju tadi lagi..?’ Saya merujuk pakaianya yang tidak formal, iaitu t-shirt dan seluar treck bottom yang membaluti tubuhnya.Rambutnya diikat kemas kebelakang, wajahnya ‘chinese’ tipikal iaitu bermata sepet dan berkulit putih.

‘Takpela kita kan nak buat bendera jer..
U takpelah pakai baju labuh macam ni mesti u dah biase panas..,’
Katanya sambil melihat baju kurung dan tudung labuh saya .

‘Ini bukan soal biase atau tidak, kerana memang kewajipan kami..,’Saya sengaja tidak mengiyakan telahannya, kerana nyatanya sebab saya mampu berpakaian begini bukan hanya kerana ‘sudah biasa’ tetapi kerana sesuatu yang lebih utama iaitu tuntutan agama.Harapan saya mungkin dia berminat bertanya lebih lanjut.

‘Owh begitu..’ Air mukanya berubah, tetapi dia mengalihkan topic perbualan dengan meminta pandangan saya tentang apakah corak-corak dan warna-warna yang sesuai untuk kami lakarkan di atas bendera kumpulan kami kerana esok pagi kami akan mendaki bukit sambil membawa bendera tersebut sebagai symbol kerjasama.

Saya faham, saya hanya beberapa hari mengenalinya.Itupun kerana kami adalah kumpulan yang sama untuk kem ppd ini.Saya tidak harus terburu-buru mengajaknya berdialog soal agama untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai pemegang panji-panji Islam.Waima dalam etika ‘clerking’ pesakit, seseorang doktor haruslah membina ‘good rapport’ sebelum bertanya itu dan ini tentang penyakit yang dideritainya.Cara membina ‘rapport’ termasuklah bertanya nama, keluarga, pekerjaan dan asal tempat tinggal pesakit.Jika mampu, kakak senior saya mengesyorkan kami membeli buah tangan sebagai hadiah kepada pesakit.Hadiah itu bukanlah bayaran atas kerjasama yang diberikan oleh pesakit kerana merelakan diri diperiksa oleh pelajar perubatan, tetapi menandakan kita menghormatinya sebagai manusia seperti kita yang punya perasaan untuk dihargai dan jauh sekali menganggapnya sebagai subject yang digunakan pabila perlu, dibuang pabila tidak digunakan.

Apapun insyaallah, jika ada kesempatan saya akan berusaha membina ‘rapport’ tersebut sepanjang kami berada di kumpulan yang sama.^^,



P/S:

1. Entri ini adalah cebisan daripada ribuan pengalaman yang saya kutip ketika menyertai kem PPD(personal professional development) di Kem BTN Besut.(PPD boleh disamakan dengan Bioethic and Humanity di UNPAD)

2. Saya sudah selamat mendaftarkan diri di PPUKM pada 13 Mei yang lalu, dan sekarang saya menjalani posting JKM(Jabatan Kesihatan Masyarakat) di Kuala Selangor selama 8 minggu.(JKM boleh disamakan dengan CHOP & CRP di UNPAD)

3. Saya belum lagi merasai kesibukan ditahun klinikal, tetapi sudah merasa ‘aura’nya bila melihat teman-teman dari posting O&G dan Medicine yang tidak cukup tidur dan keletihan.

4. Insyaallah Next posting saya adalah Medicine!!

5.Sedang digamit rindu pada ahli usrah, sahabat-sahabat dan junior TWP di UNPAD..huhu

Friday, April 3, 2009

Persoalan

Assalamualaikum~

Hanya catatan biasa.Malam tadi saya menghadiri ta'lim disampaikan oleh seorang ustaz bertajuk 'tawakkal'.Ada satu soalan yang menghantui diri dan berlegar-legar dibenak membuatkan saya terpaksa bersuara bertanya kepada ustaz.Soalan tentang 'fitnah kepada islam'.Namun, saya masih belum berpuas hati dengan jawapannya(mungkin juga kerana saya yang tidak dapat mencerna jawapan dengan baik).Ada sesiapa yang menghadiri majlis itu mungkin boleh tolong jelaskan?huhu..

p/s:sape yg tak hadir pun boleh kongsi pendapat^^,

Pool Party?



‘Hah Pool Party? Ish-ish takde bende lain dah ke diorang nak buat?’
‘Tak elok la pool party tu?’

Begitulah antara reaksi tatkala mendengar batch FK06’(Fakultas Kedokteran) bakal mengadakan Pool Party yang hanya melibatkan perempuan sahaja.

Saya terdiam, kerana sejujurnya saya memang tidak tahu apakah sebenarnya makna disebalik istilah ‘Pool Party’, mungkin juga kerana pertama kali saya mendengarnya.

Saya bertanya seorang sahabat yang agak mengetahui istilah itu,
‘Ape sebenarnya Pool Party tu? Party kat pool la kan (saya menafsirkan berdasarkan maksudnya)? Bukanke diorang nak buat perempuan-perempuan je?’

Jawabnya, ‘Ala pool party tu yang biase-biase orang barat buat tu, ish-ish tak yah la, teruk, pakaian..tak ingat la’

Otak saya ligat berkerja berfikir kembali ‘teruk’ sangatkah ‘Pool Party’ itu?Kalau teruk kenapa pihak-pihak lain membenarkan?Bukankah antara mereka(batch 06) ada yang sangat aktif dalam usrah dan dakwah?Seperti biasa saya susah sekali untuk mempercayai khabar-khabar angin sebelum mengetahui hal sebenar.

Kebetulan pada suatu hari seorang sahabat saya mengajak saya menghadiri meeting mengadakan Pool Party itu sebagai wakil daripada Twinning 06.Saya tertarik juga untuk menghadirinya malangnya pada hari yang sama saya mempunyai urusan lain yang sudah lama dirancang.Namun begitu alhamdulillah saya ke rumah sahabat saya dan mereka sedang mengadakan meeting kedua Saya mengambil kesempatan untuk meminta sahabat saya menerangkan apakah sebenarnya pool party yang batch kami adakan itu.

Macam-macam perkara yang saya ajukan, antaranya adalah pakaian dan aktiviti yang akan dijalankan.

Jawabnya, ‘Ade sukaneka sikit, pakaian macam biase kite kat luar la, kan yang terlibat ade girls yang non-muslim’.

Oh..baru saya tahu apakah sebenarnya 'Pool Party' yang digembar-gemburkan itu.Saya membuat kesimpulan bahawa ianya adalah sukaneka biasa yang diadakan di kawasan kolam renang.Dan tentunya matlamat adalah ingin merapatkan silaturrahim pelajar-pelajar FK batch 2006 spesifiknya buat kaum hawa.Dari sisi positifnya saya nampak bukankah itu spesial?Jarang sekali aktiviti yang diadakan sesama kaum hawa sahaja.Beberapa kali baik daripada futsal perpempuan yang yang diadakan saban tahun, aurat tidak terjaga dan ramai penontonnya dikalangan kaum adam.Tetapi alhamdulillah, terbaru ini terdapat peraturan yang ditetapkan oleh pihak atasan iaitu mereka yang menjadi peserta perlu berpakaian sopan dan menutup aurat.

Nak join ke tak?

Tanya seorang sahabat, ‘Mieza join?’
‘Kalau takde ape-ape hal penting insyaallah pergi,’ Jawab saya pendek.
Saya bertanya kembali, Awak?
‘Saya takkan join mende-mende camtu.Even kalau saya takde hal penting pun’
Seorang lagi menjawab ‘saya tak pergi.’
Kebanyakan reaksi yang saya terima adalah negative.

Saya terus bersuara, ‘Naper korang tak nak join?Penat diorang buat, tu sementara cuti-cuti ni kita join la.
Bile lagi nak bercampur dengan kawan-kawan kite yang KPBI, nanti dah nak balik Malaysia.
Yela, memang la aktiviti yang mereka adakan tu tak sama macam usrah dan ceramah.Habis takkan, kita nak suruh girls non-muslim join usrah kita?(saya tak cakap tak boleh, tetapi secara praktikalnya) atau kita nak cakap kat diorang batalkan party tu ataupun kita boikot aktiviti yang mereka anjurkan? Kalau kita lakukan macam tu lagi hanya mengundang salah faham pada mereka.Bagi saya hadirlah untuk meraikan mereka, disamping menunjukkan contoh yang baik iaitu menjaga aurat sebaiknya walau dimana jua.Kalau ada yang tak tutup aurat seperti biasa, kalau mampu tegurla.Bukan kita mengambil jalan singkat mengendahkan aktiviti yang mereka lakukan, membiarkan mereka tak tutup aurat hanya sesama tak tutup aurat, atau sebagainya kerana menganggap mereka adalah ‘lain’ dengan kita.

*Ini adalah sekadar pendapat saya mengenai aktiviti ‘Pool Party’ yang diadakan oleh pelajar Malaysia perempuan FK batch 2006 pada 5 April ini.Salah silap harap dapat diperbetulkan.

Thursday, March 26, 2009

Ana uhibbuki Fillah

kenangan lama itu tiba-tiba hadir kembali, lalu kunukilkan sebuah 'sajak' buat dirinya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aku punya seorang teman,
Teman yang dahulu dan kini,
Masihku tidak dapat meneka perasaannya,
Kerana seraut wajah tenangnya takkan berubah,
Kala dia sedang dilanda badai ujian,
Mahupun sedang gembira keriangan,
Tapi satu perkara yang tidak mampu kunafikan,
Memandangnya cukup menebar damai dihatiku.

Dahulu aku dan dia adalah teman yang akrab,
Berkongsi suka duka, melangkah bersama kemana jua,
Bercerita soal manusiawi,
Aku sangat merindukan saat itu,
‘Kangen sekali’
Walaupun aku pasti dan yakin,
Episod hidupku bersamanya takkan kembali,
Kerana kesilapan yang aku lakukan.

Dikala aku berusaha menjadi teman sejatinya,
Aku terlupa memahami hatinya,
Walau riak wajahnya bagaikan tiada apa berlaku,
Jauh disudut hatinya luluh terluka dengan perbuatanku,
Saat itu, ribuan kata pemujuk dan titisan air mata,
Takkan berjaya membeli kemaafan darinya,

Peristiwa itu satu pengajaran besar buatku,
Allah ingin memperingati dan mendidik aku,
Agar aku ikhlas dalam menyelami hati ‘sahabat’
Hanya jika aku cintainya kerana Allah,
Ketahuilah sahabatku, ana uhibbuki fillah..

Syukran ya ukhti..

Sunday, March 22, 2009

SOCA time..

*hanya catatan biasa, bagi yang sibuk tidak digalakkan membacanya*

Structured Oral Case Analysis (SOCA).

Kali ini saya adalah termasuk kumpulan kelima yang akan membentangkan kes.Untuk semester-semester sebelum ini saya adalah antara ‘ orang-orang bertuah’ mendapat giliran pertama menghadapi soca.Tapi kali ini tidak, dan saya mengucapkan ribuan syukur alhamdulillah.Mengapa?hanya saya dan sahabat disini yang tahu..

30 minit pertama kami diberi kertas yang bertaip kes dan perlu menulis segala apa yang akan dibentangkan dihadapan doktor nanti.Saya membaca sekilas kes tentang seorang lelaki berumur 35 tahun menghidapi acute enteritis disebabkan E.coli-massive diarrhea dan complicationnya ialah Acute Renal Failure atau sekarang dikenali Acute Kidney Injury(AKI).Kelajuan menulis saya pada waktu itu adalah tahap maksimun(bayangkanlah nak lukis small intestine dan kidney lagi) dan pada waktu yang sama saya sedang memikirkan bagaimana saya mahu meringkaskan dua system yang terlibat dalam kes ini, Gastrointestinal dan Genitourinary system.

Secara ringkasnya kes ini adalah

E.coli->acute enteritis->secretory diarrhea-> hypovolemia+dehydration->AKI

Sebaik sahaja perkataan terakhir saya tuliskan, terdengar penjaga masa mengatakan masa persediaan saya sudah tamat.Saya menyusun kertas-kertas mahjung mengikut turutan isi yang akan saya bentangkan.Dengan bacaan doa :

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku , dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku’(Thahaa:25-28)


Saya mengetuk pintu, tersenyum sambil mengucapkan, ‘ Assalamualaikum and good morning doctors(ada 2 doktor)’.Bermulalah perbentangan saya selama 20 minit, saya terpaksa membentang dengan halaju yang amat tinggi kerana banyak perkara harus saya perkatakan daripada anatomy kidney n small intestine, physiology, pathophysiology case hinggalah management dan BHP,CHOP dan CRP yang perlu di ‘apply’ didalam case ini.Hinggakan ketika menyebut enterocyte cell menjadi ‘enterocyte shell’..haha..agak kelakar bila memikirkan kembali.Semput-semput sahaja saya tamat membentangkan semuanya yang telah tertulis di atas kertas dan kepala masa pun tamat.Saya diminta tunggu diluar menanti keputusan doktor yang memberi markah pembentangan saya.

Diluar bilik itu, jantung saya laju mengepam darah akibat stimulasi ‘sympathetic’ yang tinggi.Mula-mula saya duduk diatas kerusi yang disediakan , kemudian berdiri berjalan beberapa langkah, duduk kembali.Memang tak senang duduk(macam tak pernah ambik soca jer ).Beginilah keadaan saya sewaktu menunggu dipanggil untuk mengetahui result soca saya.Dua bilik sebelah saya kelihatan dua sahabat saya pun sedang menunggu dr memanggil mereka.Salah seorang sahabat saya bernama Atiqah bersuara sebaik sahaja saya melangkah keluar seusai membentangkan kes, ‘Mieza, camne?sempat tak present semua?’ nadanya penuh keperihatinan seorang teman.Saya menjawab, ‘Sempat tu sempat la, tapi tak tahu la cmne nmpak berkerut jer muke doktor-doktor tu’.Tiqah hanya memberi senyuman, kemudian kami diam mungkin melayan perasaan masing-masing, dalam hati tidak putus-putus berdoa, ‘Ya Allah aku telah berusaha sedaya-upayaku, hanya Engkau berkuasa menentukan keputusanku, lembutkanlah hati doktok-doktor itu.Sesungguhnya aku telah berusaha agar tidak menjadi fitnah untuk islam’

‘Nurul Amiza..’panggil doktor, saya berjalan masuk kedalam bilik.Senyum masih cuba dikekalkan. ‘How about your preparation for this day?’

‘I think this time I worked 'more-more' harder than the last sem’.Ayat saya pendek kerana saya tidak sabar ingin mengetahui keputusannya.

Di dalam minda saya mengimbau dua hari sebelum SOCA.Saya dan dua sahabat mengadakan mock-SOCA iaitu kami diberi kes masing-masing dan di tetapkan masa selama 20 minit untuk membentangkannya.Ini adalah antara usaha yang dilakukan sebagai persediaan menghadapi SOCA sebenar pada 17 Mac itu.

So, your mark is…….

Saya agak terkejut, mungkin kerana kurang daripada ‘expectation’ saya, markah itu hampir sipi-sipi sahaja untuk mendapatkan ‘A’. Apapun saya tetap mengucap Alhamdulillah kerana telah ‘Pass’SOCA. Namun , seperti biasa perubahan airmuka yang susah sekali disembunyikan, mungkin menggambarkan kekecewaan, berjaya dikesan oleh doktor.

Dr 1: ‘Your presentation is good but, in SOCA we want you to analyze the case,know how to differentiate between which one is related in the case, which one is not related.’

‘So Dr, what else I did not mention in my presentation?’ cube mengawal ayat sesopan mungkin(walaupun tak puas hati)

Dan doktor 1 mengatakan saya terlalu banyak menerangkan basic sciences seperti anatomy, histology dan physiology.(Hmm.. ‘ter’banyak pun salah..hehe).Kurang menerangkan characteristic E.Coli, mungkin hanya kerana saya menerangkan ianya adalah gram-ve, rod bacteria, menghasilkan enterotoxin yang menyebabkan enteritis?(mane cukup mase nak terang banyak-banyak..hehe)

Dr 2 mengatakan, ‘You have mention all the principles of ethic, the beneficience, non-maleficience, autonomy, and justice but u did not mention about informed consent before u deal with patient…’(aisey..mentang-mentang la die doktor Bioethic and Humanity....lupe sebut ‘informed consent’ pun tolak markah^^,.)

Akhir sekali saya berkata, ‘Ok..thank you doctors.’

Sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik tersebut saya terus menuju kearah sahabat-sahabat.Tiba-tiba, ‘Amiza..Amiza..’ panggilan dari Doktor 1.

Saya ‘ Yes , doctor?’

Doktor tersebut datang mendekati dan memegang bahu saya, menerangkan, ‘ Sayang sekali jika awak mengurangkan basic science dan menerangkan banyak tentang e.coli mungkin awk berhasil A’.(ish-ish..ingatkan nak tambah markah tadi..)

‘Thank u doktor, maybe because in our tutorial the case is about Rotavirus so, I think E.Coli is less important.

‘Anyway, go back and study for OSCE this Thursday!’ Kata dr sambil tersenyum..
Sejuk juga hati mendapat doktor sepertinya.Sekurang-kurangnya kekecewaan hati terubat sebentar.

Bersembang dengan sahabat-sahabat sambil bertanya markah, kata sahabat ‘Tinggilah tu ade dapat lagi rendah dari awak.’Hmm..apepun bersyukur jela, lagipun kalau dilihat komen-komen doktor memang salah sendiri pun.Jadi jangan ngengada nak tak puas hati..^^,